Punca inflasi Malaysia yang disebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam satu tempoh tertentu yang telah ditetapkan.
Apa yang berlaku sekarang di negara kita, ia adalah satu impak global yang sukar untuk dielakkan akibat kesan dan impak inflasi yang berlaku terhadap negara USA.
Tidak cukup dengan itu sekatan pergerakan dan ekonomi di negara kedua ekonomi terbesar di dunia ini merencatkan lagi rantaian bekalan dunia pada ketika ini.
Ditambah pula krisis perang antara Rusia dan Ukraine memburukan lagi keadaan.
Dalam pada masa yang sama kerajaan Malaysia melihat isu semasa adalah satu yang cukup serius untuk ditangani jika tidak, kesannya amat buruk kepada negara dan juga rakyat.
Punca Inflasi Malaysia
Antara sebab berlakunya punca infalasi malaysia ini adalah permintaan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran meningkat secara mendadak yang tidak mampu ditampung oleh bekalan dan penawaran oleh pembekal, peniaga dan penjual pada ketika itu.
Punca inflasi Malaysia juga disebabkan kos koperasi pengeluaran, dan pengedaran meningkat serta kos tenaga kerja yang juga meningkat. Selain daripada itu, faktor kos bahan mentah yang juga turut ikut meningkat yang akhirnya peniaga dan penjual tiada pilihan lain selain terpaksa menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan bagi memenuhi permintaan tinggi dikalangan pelanggan mereka.
Peperangan antara Ukraine dan Rusia juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan banyak bekalan makanan dunia yang mengambil proses sangat panjang dan sukar untuk menampung permintaan seluruh dunia pada ketika ini. Antara sebab yang berkaitan juga adalah dasar polisi COVID sifar di China memburukkan lagi keadaan rantaian bekalan.
Kesan Terhadap Negara
Punca inflasi malaysia boleh membawa kesan keburukan terhadap negara seperti Kos sara hidup dikalangan rakyat Malaysia terutamanya dikalangan B40 akan terjejas teruk dan juga Kuasa beli dikalangan pengguna akan semakin menurun.
Kesan positif akan berlaku akibat punca inflasi Malaysia juga adalah, Dapat mengalakkan lebih ramai untuk lebih menyimpan duit simpanan di bank berbanding belanja. Ini kerana biasanya pada ketika ini, kadar faedah simpanan yang ditawarkan bank komersial lebih tinggi dari kebiasannya.
Langkah Mengatasi Inflasi Negara
Meningkatkan kadar faedah OPR rate malaysia untuk mengelakkan lebih ramai menggunakan duit pinjaman untuk berbelanja bagi menampung gaya hidup dan Mengurangkan atau menghentikan seketika aktiviti eksport melibatkan barangan dan makanan bagi menampung keperluan rakyat Malaysia.
Selain itu, Langkah mengatasi punca inflasi malaysia juga adalah Menetapkan harga siling baru untuk makanan keperluan negara bagi membolehkan pembekal dapat meningkatkan pengeluaran makanan pada masa akan datang dan juga Meningkatkan subsidi kepada pembekal makanan.
Lihat di gambar rajah dibawah berkenaan Kadar Statistik Inflasi Malaysia Untuk Tahun 2022 Terkini.
Pecahan Indeks Harga Pengguna & Harga Barang di Malaysia
Semoga perkongsian ini dapat membantu diri kita untuk ke arah yang lebih baik dan maju jaya selepas ini agar tiada lagi masalah-masalah berat yang akan ditampung negara demi keselesaan genarasi masa kini dan genarasi masa hadapan dalam mengharungi keadaan ekonomi negara yang lebih baik dan stabil.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan dari sumber official yang sahih.
Lihay Juga : Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Bantuan RM600
Lihat Juga : Semakan & Cara Memohon Bantuan Barang Dapur