PRU15 tidak sesuai sekarang, rakyat masih dalam kesusahan – Nazri

PRU15: Nazri berkata sekarang bukan masa sesuai, rakyat masih susah

Belum masanya untuk Parlimen dibubarkan dan diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana ketika ini, rakyat masih berada dalam kesusahan, tegas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan November 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, tumpuan, sebaliknya, harus diberikan untuk memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat yang dihimpit kesusahan akibat Covid-19.
  • Hujah beliau, perbelanjaan untuk menguruskan PRU15 sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang baru mahu memulakan hidup.
  • “Saya bersetuju kalau nak buat apa-apa untuk kepentingan rakyat bukan parti, tetapi kena ingat buat masa ini kalau kita sebut kepentingan rakyat, maka bukan bubar Parlimen dan adakan pilihan raya.
  • “Kalau betul nak jaga kepentingan rakyat, kena tengok sekarang rakyat tengah susah sebab Covid-19 masih belum reda dan pemulihan ekonomi masih berjalan.
  • “Belanja untuk lakukan PRU15 tentulah besar. Kalau PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka pun perbelanjaannya cecah RM45 juta, bayangkan kalau PRU15?
  • “Buat masa ini lebih baik perbelanjaan sebesar itu digunakan untuk membantu rakyat dengan memulihkan ekonomi mereka, barulah rakyat lihat kita jaga kepentingan mereka,” katanya kepada Astro AWANI.
  • Nazri juga menjelaskan, sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan dilihat sebagai mengkhianati anak muda kerana mereka yang berumur 18 tahun tidak sempat mengundi.
  • Jelas beliau, seeloknya PRU15 diadakan pada 2023 setelah segala proses bagi membolehkan mereka yang berumur 18 tahun diselesaikan.

Sumber: SHarian

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment