Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023 – Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Komponen SPKR meliputi bantuan rumah Program Perumahan Rakyat Termisksin PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

Objektif utama PPRT diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Skop Bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pohak kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

Bina Baharu
Bantuan untuk pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki

Baik pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut:

Penyelenggaraan
Penambahbaikan
Requisition

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu

Kumpulan Sasar Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT

Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

-Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
-Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
-Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
-Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Syarat Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
Bantuan Bina Baharu

Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Syarat Bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:

tidak mempunyai rumah;
rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
tidak ekonomik untuk dibaiki;
memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B). -Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Bantuan Baik Pulih

Syarat Bantuan Baik Pulih diberikan kepada peserta yang:

-Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
-Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:

warga emas
orang kurang upaya (OKU)
ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
mangsa bencana yang berskala kecil
keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT – Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.

Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.

Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Join Telegram kami: 👇👇
https://t.me/portalsemakanmalaysia

Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT , anda boleh layari laman web PPRT atau hubungi Pihak Berkaitan di talian 03 8000 8000

Jawatan Kosong di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Lagi info terkini berkaitan dengan 1MDB Najib Razak

Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Cara Mohon & Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT 2023

Leave a Comment