Program Perumahan PPRT Untuk Golongan B40 Tahun 2022
Terdapat Program Perumahan PPRT bantuan telah dilancarkan didalam tahun 2022 ini dengan harapan dapat membantu rakyat yang benar-benar memerlukan. BAgi mereka yang telepas pandang, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telahpun mewujudkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT.
Objektif program ini lebih menekankan golongan B40 yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk diduduki dan memerlukan bantuan.
Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Semak sini: Membantu Percepatkan KWSP 2.0 Lakukan Ini
Permohonan Program Perumahan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:
Orang Kelaina Upaya – OKU
Mangsa bencana alam yang berskala kecil
Warga Emas
Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :
1) Baik Pulih
a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting
Penambah baikan
Penyelenggaraan
Requisition
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah
Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.
Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.
2) Bina Baru
Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.
Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan Program Perumahan PPRT, di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : [email protected]