Penjana Kerjaya 2.0: Insentif Sehingga RM1,000 ~ Mohon Sebelum 30 Jun

Program Latihan/Perantisan Penjana Kerjaya 2.0

Apa itu Penjana Kerjaya 2.0?

Bermula 1 Januari 2021, majikan yang menggajikan golongan belia berumur 18-30 tahun layak memohon bayaran RM1,000 menerusi Program Perantisan di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0. Manakala perantis pula layak menerima gaji minimum RM1,200 sebulan.

Selain insentif perantisan kepada pihak majikan, program ini membolehkan para belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap, menimba pengalaman bekerja dan meningkatkan kemahiran melalui on-the-job-training.

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

Insentif Perantisan

Insentif yang diterima bagi majikan / perantis program ini termasuklah:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
  • Gaji / elaun minimum adalah RM1,200 sebulan
  • Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja / bantuan

HIP-Penjana Kerjaya-Info (BI)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menyertai Program Penjana Kerjaya 2.0 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah / graduan berumur 18-30 tahun
  • Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun

Syarat Tambahan

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MYFutureJobs
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap

Cara Permohonan

Bagi majikan: Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

Bagi belia yang ingin menyertai: Sila daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat untuk membuat permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal MYFutureJobs.

Tarikh permohonan bagi program ini akan bermula pada 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Siapa yang tidak layak memohon?

  1. Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship);
  2. Pelajar yang masih belum tamat pengajian; dan
  3. Bukan warganegara

Apakah bidang kursus yang ditawarkan di bawah Program Latihan PenjanaKerjaya 2.0?

Program Latihan PenjanaKerjaya 2.0 adalah terbuka kepada semua bidang pekerjaan dan perusahaan seperti yang disenaraikan di laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/senarai-penyedia-latihan/

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila teliti Soalan Lazim PenjanaKerjaya 2.0 di sini.

–> Sila baca TERKINI: SOP PKP 3.0 Terkini Diperketatkan – berkuatkuasa 25 Mei 2021

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment