Program Bantuan Lesen
Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan diselaraskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bagi membolehkan orang awam khususnya golongan B40 mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Semak sini: Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (EPB)
Semak juga: Bantuan Tambahan RM700 Secara Automatik Diteruskan
JUMLAH BANTUAN
Jumlah program bantuan lesen kepada individu yang layak adalah tidak melebihi RM 200 bagi Program di Semenanjung Malaysia. Manakala, RM 250 bagi Program di Sabah dan Sarawak.
Ini bermaksud ini individu yang layak perlu membayar antara RM 200 – RM 250 sahaja.
TUJUAN UTAMA PROGRAM BANTUAN
Bagi meningkatkan daya upaya sosio ekonomi golongan B40 dan luar bandar & Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih mengutamakan keselamatan jalan raya dan
Selain itu, Mengatasi masalah tidak memiliki Lesen Memandu Kelas B2 di kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Ini adalah syarat permohonan program bantuan lesen. Baca dan fahami syarat kelayakan bantuan di bawah ini.
Calon perlulah memenuhi kriteria berikut bagi melayakkan diri untuk program BLKM
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang daripada 16 tahun
– Penerima bantuan zakat/ baitulmal (Jabatan Agam Islam Negeri) atau penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) atau penerima Bantuan Keluarga Malaysia, calon perlu menyerahkan salinan berkenaan
– Tanggungan kepada penerima bantuan seperti di atas juga boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program ini
– Sihat tubuh badan dan mental
– Tiada kecacatan fizikal
– Tiada senarai hitam JPJ atau PDRM dan
– Belum memiliki sebarang lesen memandu
– Point ketiga di atas adalah terkecuali bagi calon yang diselaraskan oleh Agensi Kerajaan yang menjadi penyelaras kepada pembangunan atau bantuan masyarakat seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), JKM dan lain-lain
Untuk permohonan pula. Orang awam boleh menghubungi Pejabat Pemimpin Masyarakat yang dilantik / diiktiraf oleh Kerajaan untuk memohon pelaksanaan program ini di kawasan mereka.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
- Join telegram kami Portal semakan dan permohonan bantuan DI SINI