PM harap KWSP fokus tingkat pelaburan tempatan kepada 70 peratus
PM harap KWSP fokus tingkat pelaburan tempatan kepada 70 peratus –
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menugaskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan pelaburan tempatan kepada 70 peratus tahun ini daripada 64 peratus pada 2022.
Beliau juga mahu KWSP melihat kembali hala tujunya supaya pelaburan yang dibuat seiring aspirasi kerajaan hari ini yang memberi fokus antaranya kepada pembabitan sektor belia, pertanian sebagai pemangkin keselamatan makanan negara dan syarikat pemula.
Katanya, hal itu perlu diberi pertimbangan sesuai dengan pendekatan kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran negara dalam bidang pertanian.
“Kita (Malaysia) bila naik kadar produktiviti, tapi kadar upah itu masih di tangga yang jauh lebih rendah. Jadi kesenjangan akan terus melebar. Inilah cabaran-cabaran yang kita harus dapat tangani.
“Keupayaan kerajaan, kalau kita dapat terus cari pelaburan baharu, dan dapat hasil lebih baik, maka kita dapat kembalikan pulangan kepada rakyat,” katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Menara KWSP di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam urusan pelaburan KWSP.
“Panel pelaburan KWSP harus kekal bebas dan profesional yang mengambil keputusan berdasarkan kepentingan KWSP dan pencarum.
“Jadi pendekatan panel pelaburan diubahsuai dan bukan Menteri mengarahkan supaya melabur dalam mana-mana syarikat pilihan.
“Ini penting kerana selari dengan Madani, yang mana tatakelola dan amanah menjadi tonggak kepada dasar kita,’ katanya.
PM harap KWSP fokus tingkat pelaburan tempatan kepada 70 peratus
Sumber: BHarian
Semak Juga: Bantuan I-Suri KWSP 2023
Mohon Juga: Permohonan Rumah PPRT 2023 telah dibuka!
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. PM harap KWSP fokus tingkat pelaburan tempatan kepada 70 peratus