TERKINI: Fasa Pertama PKP Penuh Dilanjutkan, Pengumuman Bantuan Menyusul Esok Atau Lusa – PM

PKP tidak akan ditamatkan esok – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan esok.

Sebaliknya jelas Perdana Menteri, Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga jumlah jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes.

Beliau berkata, susulan langkah itu juga, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini.

–> Sila baca Kadar BPR Ditambah: BPR Tambahan RM100, RM300 & RM500 – cara permohonan & tarikh

Pada 15 Jun lalu, Muhyiddin mengumumkan PPN yang merangkumi empat fasa yang akan beralih secara berperingkat.

Bagi membolehkan peralihan ke fasa kedua, purata kes harian COVID-19 perlu berada di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Untuk ke fasa ketiga, ia akan dibuat jika antara lain purata kes harian COVID-19 turun ke paras bawah 2,000 dan nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos ini, manakala peralihan ke fasa keempat dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir Oktober 2021.

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 di Selangor, Muhyiddin berkata kerajaan memberi lebih perhatian kepada negeri itu disebabkan jumlah kes harian yang mencecah 2,000 kes.

Katanya mana-mana kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkekatkan (PKPD) di negeri itu akan dilaksanakan dengan lebih ketat.

“Mungkin langkah susulan lain kita akan buat supaya keseluruhan kes di seluruh negara terus turun, tapi apapun yang penting adalah kerjasama semua, orang ramai perlu patuh kepada prosedur operasi standard, ” katanya. — BERNAMA

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lebih lanjut bolehlah melayari laman web rasmi MKN dari semasa ke semasa di sini.

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment