Pinjaman Tekun CBRM 2021: Cara Memohon & Syarat Bantuan 2021

Mohon Bantuan Kewangan Perniagaan TEKUN!

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) adalah satu skim pembiayaan mikro untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada bagi usahawan yang terjejas akibat daripada wabak COVID-19 dengan memberikan pinjaman kepada yang memerlukan. Skim ini berfungsi sebagai suntikan modal pusingan dengan jumlah pembiayaan tekun sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 kepada peniaga yang kehilangan pendapatan sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 dan pasca PKP yang bertujuan untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Syarat Kelayakan Memohon

  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (bagi usahawan sedia ada)
  • Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
  • Mempunyai pendaftaran ebiz ssm atau Permit PBT (Lesen Penjaja)
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  • Usahawan mikro yang perniagaannya terjejas kesan wabak COVID-19
  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India)

Cara mendaftar permohonan bantuan kewangan perniagaan 2021

  1. Daftar akaun di sistem Tekum Online di sini.
  2. Borang senarai semak, borang permohonan dan borang kebenaran untuk penzahiran maklumat kredit individu hendaklah dimuat turun setelah mendaftar 
  3. Dokumen sokongan juga hendaklah disertakan:-Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika yang berkenaan)
    -Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik/air/telefon)
    -Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
    -Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  4. Bagi kelulusan permohonan, tempoh yang diambil adalah 10 hari bekerja selepas menerima borang permohonan yang lengkap.
    Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan pinjaman CBRM 2.0, anda boleh berurusan dengan pegawai TEKUN nasional di cawangan yang berhampiran dengan anda.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan pinjaman CBRM 2.0, anda boleh berurusan dengan pegawai TEKUN nasional di cawangan yang berhampiran dengan anda.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment