Permohonan Tabung Bantuan Segera 2021 ~ cara memohon RM300 one-off JKM

Bantuan JKM ~ Skim Bantuan Kebajikan

Salah satu daripada bantuan JKM yang disediakan adalah bagi golongan yang memerlukan bantuan segera. Sila baca di bawah untuk info lebih lanjut.

Apa itu Bantuan Kewangan JKM?

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

–> Sila baca Kadar BPR Ditambah: BPR Tambahan RM100, RM300 & RM500 – cara permohonan & tarikh

Kadar tabung bantuan segera

Maksimum RM300 sekaligus; atau
(Bagi bayaran bulan pertama bantuan bulanan/ refund adalah mengikut kadar bantuan bulanan yang diluluskan)

Tujuan tabung bantuan segera

  1. Pemberian bantuan segera yang diberi serta merta secara sekaligus (One-off) kepada kumpulan sasar yang layak dan terdesak;
  2. Menyediakan Program berbentuk Pendampingan Sosial (Outreach)/ Program Cari & Bantu (Search & Serve) kepada kumpulan sasar;
  3. Membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kebajikan kumpulan sasar;
  4. Menyediakan ruang dan peluang kepada PKMD dan pemimpin tempatan untuk berinteraksi dan menyelesaikan permasalahan kumpulan sasar dengan kadar segera;
  5. Perkhidmatan JKM yang peka dan prihatin terhadap keperluan dan permasalahan kumpulan sasar.

Cara Memohon Bantuan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang yang berkaitan

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lebih lanjut bolehlah melayari laman web rasmi JKM di sini.

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment