Mohon Rumah PPR
Terkini cara mohon Rumah ppr 2022. Perkongsian ini untuk membantu golongan yang kurang mampu untuk mendapatkan tempat tinggal.
Sebuah inisiatif program telah dikendalikan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu mereka yang tiada kediaman atau tempat berteduh akibat pandemik Covid-19.
Sudah tentu, pemberian inisiatif ini untuk meringankan beban Keluarga Malaysia.
Lihat Juga: Cara Daftar Bantuan i-Suri Terkini Mei 2022
Baca Jumlah Bayaran Permohonan Bantuan Am RM350 Sebulan
RUMAH IKRAM
- Program tersebut dikenali sebagai Program Rumah Keluarga Malaysia atau dipanggil sebagai Rumah IKRAM KPKT.
Cara Memohon Rumah PPR
- Untuk membuat permohonan rumah IKRAM KPKT tersebut, anda boleh terus membuat permohonan melalui laman web rasmi TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
SENARAI RUMAH IKRAM
Sebanyak RM 1,000 unit ditawarkan melalui program ini. Berikut adalah senarai rumah IKRAM serta lokasinya :
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR Kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg Melana 2, Johor
Syarat Kelayakan Mohon Rumah PPR
Berikut adalah syarat permohonan rumah Keluarga Malaysia atau rumah IKRAM
1. Pemohon dan pasangan haruslah berwarganegara Malaysia.
2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Individu yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah dan seumpamanya sahaja layak untuk membuat permohonan.
4. Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3,000 sebulan.
Sumber: Kerjasemasa.com
Ciri-Ciri Rumah
Berikut adalah ciri-ciri rumah PPR IKRAM tersebut
1. Rumah yang terletak di kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres manakala rumah yang terletak di kawasan bandar, jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
2. Keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
3. Struktur binaan rumah adalah terdiri daripada 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.
4. Pelbagai kemudahana asas disediakan termasuk
- Dewan komuniti
- Ruang solat atau surau
- Gerai makan dan ruang berniaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman permainan atau kawasan lapang
- Rumah sampah
- KADAR SEWA
- Kadar sewaan minimum adalah RM 124 sebulan sahaja.
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Cara Mohon Rumah PPR ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.