Permohonan Rayuan BKM 2022 – Tuntutan BKM Fasa 1
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai langsung dalam belanjawan 2022 bagi membantu golongan B40.
Berikut kami kongsikan kepada anda cara membuat permohonan rayuan BKM 2022 Fasa 1.
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat dengan mengikuti kaedah seperti berikut:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
- Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).
Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Tuntutan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.
GOLONGAN YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN
Golongan yang layak membuat Permohonan ini adalah:
i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
BILAKAH PERMOHONAN
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:
Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” Permohonan Rayuan BKM 2022 – Tuntutan BKM Fasa 1 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih