Permohonan Bantuan Program Rebat Bil Elektrik RM40 ~ Semak Kelayakan Anda SEKARANG!

Program Rebat Bil Elektrik RM40

Apa itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?

  • Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Mulai 2 Januari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.
  • Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.
  • Program diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2019 pada 2 November 2018.

re2

Siapa yang layak menerima rebat bil elektrik ini?

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
  • Sehubungan itu, terdapat perubahan bagi purata pendapatan
    per isi rumah bagi data eKasih seperti berikut:

rebat bil elektrik

re3

Apakah syarat-syarat Program Rebat Bil Elektrik RM40?

  1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021;
  3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
  4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
  5. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  6. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019;
  8. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
  9. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

re4

Cara Memohon

Bagi makluman tuan-tuan dan puan-puan, mereka yang layak iaitu dalam kumpulan miskin tegar tidak perlu membuat apa-apa permohonan kerana program rebat bil elektrik ini adalah AUTOMATIK di Sistem e-Kasih.

Sila mengemaskini data dan maklumat diri dan keluarga anda di Sistem e-Kasih di sini.

CARA SEMAKAN kelayakan adalah dengan meletakkan No Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR) di laman web semakan rebat  https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php

re1.

Permohonan Bantuan Program Rebat Bil Elektrik RM40 ~ Semak Kelayakan Anda SEKARANG!

Diharapkan Program Rebat Bil Elektrik ini dapat meringankan beban dan sedikit sebanyak membantu situasi kewangan mereka yang memerlukan. Bagi ahli komuniti yang membaca iklan bantuan ini, silalah mencadangkan kepada mereka yang memerlukan.

Sila baca Frequently Asked Question di sini.

Leave a Comment