Pakej Selangor Kita 2.0: Program Bakul Makanan
Apa itu Pakej Selangor Kita 2.0?
Pengumuman Pakej Selangor Kita 2.0 oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor , Dato’ Seri Amirudin Shari . Bertemakan ‘Bersama Menuju Kejayaan’ saksikan secara langsung di laman Facebook & Twitter beliau pada 9 Jun 2021 bermula jam 2 petang.
Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM551.56 juta untuk Pakej Kita Selangor 2.0 yang bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat negeri itu.
–> Sila baca Senarai Bantuan Pakej PEMULIH Yang Diumumkan PM Petang Tadi ~ BPR Fasa 3, i-Citra KWSP, Bantuan Tunai
Bantuan Program Bakul Makanan
Bantuan Bakul Makanan ini dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) / Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
Inisiatif ini diberikan kepada:
- golongan B40,
- pemandu bas dan van sekolah,
- pemandu teksi dan bas persiaran,
- ibu tunggal,
- mereka yang hilang pekerjaan dan
- mengalami kekurangan pendapatan serta
- golongan OKU
- pesakit COVID-19 yang turut akan menerima “Home Assessment Tool” bagi tujuan kuarantin di rumah.
Cara Memohon
Permohonan atau rujukan boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat ADN/Ahli Parlimen yang berkenaan. Hubungi talian-talian di bawah mengikut kawasan anda:
Rujuk Website Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor untuk mengetahui nombor telefon dan alamat e-mel Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor:
web Senarai Ahli Dewan Negeri Selangor
Rujuk Website Parlimen Malaysia untuk mengetahui nombor telefon dan alamat Ahli Parlimen Negeri Selangor:
web Senarai Ahli Parlimen Negeri Selangor
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web rasmi Potral Kerajaan Negeri Selangor di sini.
Jangan lupa layari laman web MyInfoKerja bagi info bantuan-bantuan kerajaan dan info yang terkini. Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan terkini.
–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran