Permohonan Pengeluaran KWSP Bersasar

Permohonan Pengeluaran KWSP Bersasar Kepada Golongan Memerlukan Adalah Lebih Baik

Permohonan Pengeluaran KWSP Bersasar – Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli berkata, data daripada KWSP menunjukkan ramai pencarum yang simpanan persaraan mereka tidak mencukupi iaitu bawah RM10,000.

Katanya, wang KWSP adalah duit rakyat untuk bersara dan disebabkan kesan pandemik, rakyat sudah banyak menggunakan wang sendiri (kebenaran pengeluaran khas KWSP) untuk kelangsungan hidup.

“Sebaiknya untuk membantu rakyat terutama golongan B40 dan M40, dalam jangka pendek kerajaan perlu memberi subsidi bersasar terutama subdisi petrol kerana sekarang T20 turut mendapat manfaat terbabit.

“Kerajaan perlu segera mengkaji semula subsidi dan wang lebihan itu boleh digunakan untuk membantu rakyat yang masih bergelut dengan kewangan mereka,” katanya.

Mohon juga : Bantuan Am RM350 Sebulan Cara Memohon dan Senarai Penerima

Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia

Permohonan Pengeluaran KWSP Bersasar

Pengeluaran KWSP bersasar dilihat merupakan langkah yang lebih baik dilaksanakan kerana inisiatif ini dapat membantu golongan mereka yang benar-benar memerlukan.

Penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rasyid berkata, suntikan tunai daripada pengeluaran KWSP pasti akan dibelanjakan untuk menyemarakkan ekonomi domestik.

Katanya, pengeluaran bersasar bukan untuk golongan B40 sahaja malah untuk golongan M40 iaitu kepada sesiapa yang memerlukan dan masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa.

“Sekiranya ada keperluan mendesak maka pengeluaran KWSP bersasar boleh dipertimbang mengikut keperluan pencarum.

“Masalahnya, ramai pencarum mempunyai baki simpanan yang rendah apabila sudah dibenarkan pengeluaran khas yang lalu, sekali imbas pengeluaran kali ini barangkali hanya memenuhi sebahagian kecil kehendak pencarum sahaja yang berbaki positif.

“Justeru, jika kerajaan ingin melaksanakan pengeluaran KWSP, lebih baik ia diberi secara bersasar,” katanya.
Tambah beliau lagi, KWSP sebenarnya tabungan untuk hari tua, namun krisis yang tercetus dek kerana pandemik yang lalu menyebabkan ramai yang tidak dapat mengelakkan pengeluaran ini.

“Jadi, ramai yang sudah terjejas dan tidak mempunyai tabungan yang mencukupi untuk hari tua, mungkin perlunya kerajaan merumuskan cadangan baharu untuk memperbaiki kebajikan rakyat Malaysia untuk masa kini dan masa akan datang,” katanya.

Leave a Comment