Permohonan MyBeras: Bantuan Beras Percuma Setiap Minggu

Bantuan Beras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan

Bantuan MyBeras/MyFood @ Wilayah

Program MYBERAS diilhamkan oleh YB Tan Sri TPr Annuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dengan tujuan meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang dari golongan miskin bandar atau B40 yang terjejas pendapatannya akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan.

Sumbangan bagi menjayakan program MYBERAS@Wilayah ini, dikumpulkan hasil dari perniagaan Yayasan Wilayah Persekutuan, sumbangan peribadi YB Tan Sri TPr. Annuar Hj. Musa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan korporat serta individu yang prihatin.

 

Apa itu MyBeras?

MYBERAS adalah sumbangan beras percuma kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak pada setiap minggu sepanjang bulan Februari ini.

MYBERAS@Wilayah merupakan salah satu inisiatif tambahan program MyFood@Wilayah yang diletakkan di bawah Cakna Kemiskinan selaras dasar Wilayah Prihatin.

 

Siapa yang layak mendapat bantuan ini?

Golongan yang akan mendapat manfaat dan bantuan beras daripada inisiatif program MYBERAS ini ialah golongan berstatus miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas akibat Covid19 di Wilayah Persekutuan.

 

Cara Untuk Memohon

  • Rakyat yang layak boleh memohon kupon daripada wakil MPPWP zon masing-masing. Sila rujuk Jadual 1 di bawah.

  • Setiap minggu kupon yang berlainan warna dengan tempohsahlaku yang berbeza akan dikeluarkan.

  • Rakyat boleh ke lokasi pengagihan yang tercatat di belakang kupon dalam tempohsahlaku kupon.

  • Sekiranya tempohsahlaku tamat, sila berhubung dengan MPP berkaitan.

No Jawatan Nama No. Telefon
1 Pengerusi Mppwp Zon Setiawangsa En. Yusaini Bin Amir 012-3397450
2 Pengerusi Mppwp Zon Titiwangsa Y.Bhg. Datuk Azizulrahman Bin Mohd Hussain Malim 019-2290470
3 Pengerusi Mppwp Zon Seputeh Pn. Chan Quin Er 012-2077017
4 Pengerusi Mppwp Zon Cheras Y.Bhg. Datuk Mahadi Hj Abd Shukor 012-4755700/019-3912649
5 Pengerusi Mppwp Zon Segambut Y.Bhg. Datuk Daniel Ling Sia Chin 012-2020696
6 Pengerusi Mppwp Zon Wangsa Maju Y.Bhg. Datuk Hj Hamdan Bin Mohd Yusoff 019-2884161
7 Pengerusi Mppwp Zon Lembah Pantai Y.M Tengku Zuhri Bin Tengku Abdul Aziz 012-6531977
8 Pengerusi Mppwp Zon Kepong En. Fong Kah Wei 012-3368764
9 Pengerusi Mppwp Zon Bandar Tun Razak En. Mohd Shahni Bin Ismail 019-3839677
10 Pengerusi Mppwp Zon Batu Tn. Haji Gulam Muszaffar Bin Gulam Mustakim 019-2510880
11 Pengerusi Mppwp Zon Bukit Bintang En. Phang Boon Chai 012-2343771
12 Pengerusi Mppwp Zon Putrajaya Y.Bhg. Datuk Shokri Bin Shafee 019-6633602
13 Pengerusi Mppwp Zon Labuan En. Mohd Dzulfaizal Bin Ab Manan 016-5559539

Jadual 1: Senarai Pengerusi MPPWP di Setiap Parlimen

 

bantuan beras

Bila dan bagaimana bantuan akan diagihkan?

  • Sebagai permulaan program MYBERAS ini, sebanyak 23,000 kampit beras (5KG) diperuntukkan bagi edaran sepanjang bulan Februari 2021.

  • Walaubagaimanapun, bilangan akan bertambah sekiranya mendapat lebih banyak sumbangan dari orang ramai dan badan korporat.

  • Penyerahan kepada penerima akan dibuat sebanyak 3 kali semingu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

  • Pihak YWP akan mengedar bantuan beras untuk rakyat melalui para MPPWP, 3 kali seminggu iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sepanjang bulan Februari 2021.

Permohonan MyBeras: Bantuan Beras Percuma Setiap Minggu

Bagi mereka yang memerlukan Bantuan MyBeras, silalah melayari laman web rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan untuk makluman lanjut. Sila tekan di sini.

Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, bolehlah hubungi talian di bawah.

 

Ingin mengetahui SEMAKAN SPA9 DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN TAHUN 2021? Sila tekan link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment