Permohonan Kini Dibuka: Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

 

Peluang Kerja Bersama MARA Kini Dibuka!

Rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Majlis Amanah Rakyat MARA dijemput memohon jawatan kosong secara atas talian (online).

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  • modal insan yang berilmu,
  • berkeyakinan,
  • berintegriti,
  • kreatif,
  • inovatif,
  • komited dan
  • mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia.

Syarat-Syarat Utama Lantikan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 12 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Calon bagi lantikan jawatan 13 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohonan dan Cara-Cara Untuk Memohon

1. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu(1) jawatan sahaja.

2. Permohonan hendaklah dibuat secara online/atas talian melalui link yang sah sahaja seperti berikut:

a. Portal rasmi MARA iaitu http://www.mara.gov.my

b. Facebook https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat

c. Instagram https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat

3. Hanya permohonan yang dibuat secara online / atas talian dan link yang sah sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

4. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.

5. Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah / ijazah sarjana / ijazah sarjana muda / diploma boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu : www2.mqa.gov.my/esisraf.

6. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

7. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

 

Sila baca di bawah dengan teliti sebelum mengisi borang.
  • Sila rujuk kepada iklan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat – syarat jawatan dipenuhi.
  • Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
  • Sila pastikan maklumat anda diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
  • Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2613 2000 samb : 34426, 34428, 34429, 34430.

 

Lokasi kekosongan: Pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia.

Tarikh tutup permohonan: 31 Januari 2021 (Ahad).

 

Untuk memohon jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini, sila klik link di sini.

Untuk informasi lebih lanjut tentang syarat lantikan, gaji minimum dan maksimum dan sebagainya, sila tekan link di sini.

 

–>Lihat juga 200 Peluang Jawatan Kosong di J&T Express di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment