18,702 Pengambilan Permohonan Guru Gred DG41 One-Off 2021 ~ Mohon Sebelum 21 Julai

Permohonan Guru Gred DG41

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sidang media Meteri Kanan Pendidikan sebelum ini mengumumkan bahawa pengambilan guru secara one-off akan dibuat bagi memenuhi keperluan guru pada masa ni.

Pengambilan ini juga dibuka kepada calon yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang perguruan, namun begitu mereka yang dari bidang pendidikan akan diutamakan.

Pengambilan guru sebanyak 18,702 ini dijangka akan di sekolah-sekolah yang mempunyai kekurangan guru yang serius.

–> Sila baca Permohonan RM1,000 Untuk PKS Mulai Pertengahan Julai: GKP 4.0 PEMULIH

Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off 2021

Syarat Lantikan

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat lantikan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  4. Mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  5. Mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  6. Mempunyai ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  7. Mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  8. Pemohon perlu memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan, menghantar dan mengemaskini maklumat permohonan menerusi pautan seperti berikut:

Tarikh Permohonan

Dibuka : Bermula 7 Julai 2021
Ditutup : 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, bolehlah membaca Soalan Lazim Pengambilan Permohonan Guru Gred DG41 di sini. Telefon : 03-88934019 / 4020 (Urusan Pengambilan), Telefon: 03-88934021 / 4022 (Urusan Teknikal).

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment