Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun
Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun. Dalam usaha untuk menggalakkan golongan muda menyertai bidang Keusahawanan Agro, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mewujudkan Program Agropreneur Muda (PAM) serta menyediakan Geran Agropreneur Muda (GAM) kepada mereka yang layak.
Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun
Apa Itu Program Agropreneur Muda?
Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.
Untuk makluman, Program Agropreneur Muda ini bermula sejak 2016 dan telah memanfaatkan lebih daripada 8,000 penerima bantuan geran dan pembiayaan.
Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) dibuka sepanjang tahun.
Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut;
Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang kompetitif.
Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan.
Berikut merupakan maklumat yang perlu diketahui sebelum memohon geran ini.
Skop Geran Agropreneur Muda
Program Agropreneur Muda (PAM) dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian bagi projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan, dan Industri Makanan. Skop utama seperti berikut:
Tanaman
-Fertigasi
-Cendawan
-Ternakan kelulut/lebah madu
-Sayuran
-Buah-buahan
-Tanaman Nanas
-Tanaman Hidroponik
Perikanan
-Akuakultur
-Penangkapan ikan
-Pembenihan
-Ikan hiasan
-Perkhidmatan sokongan dan input perikanan
Ternakan
-Ternakan ruminan (Lembu/kambing/kerbau/rusa)
-Ternakan bukan ruminan selain unggas (Arnab)
-Ternakan unggas (Ayam/itik/puyuh)
-Perkhidmatan sokongan dan input makanan
Industri Makanan Dan Asas Tani
-Produk industri makanan dan asas tani
-Karavan tani / food truck / mobile food kiosk
Agroteknologi
-Sistem penanaman pintar (Smart farming)
Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun
Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun
Syarat-syarat dan jumlah siling kelulusan bagi projek-projek di atas sila rujuk maklumat di bawah;
Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda
Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai PAM adalah seperti berikut:
-Warganegara Malaysia;
-Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
-Boleh membaca, mengira dan menulis;
Jenis-Jenis Bantuan
Tiga (3) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu:
Geran Agropreneur Muda (GAM)
Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.
Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.
Hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi faedah ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa panjang.
Pembiayaan
Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak dua peratus (2%) setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Project Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
Had pembiayaan mengikut agensi pembiaya adalah seperti berikut:
Agrobank – RM 50,000.00 hingga RM 500,000.00 bagi setiap projek
TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000.00 bagi setiap projek
Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan
Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan.
Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun.
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang info lanjut mengenai program ini, sila layari;
https://www.mafs.gov.my/agropreneur-muda
Facebook Program Agropreneur Muda MAFS
Soalan Lazim (FAQ)
Apa Itu Geran Agropreneuer Muda?
Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada Kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.
Bilakah permohonan dibuka dan ditutup?
Permohonan di buka sepanjang tahun?
Bagaimanakah cara memohon?
Untuk makluman, sistem permohonan secara dalam talian Geran Agropreneur Muda (GAM) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) masih dalam pembangunan dan akan diumumkan setelah sedia untuk digunakan kelak.
Justeru, buat masa ini proses permohonan GAM masih dilaksanakan menerusi borang fizikal yang boleh didapati daripada laman web MAFS.
Berapakah jumlah geran yang diberikan?
Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksimum RM 20,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.
Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun
Join Telegram:
https://t.me/portalsemakanmalaysia
https://t.me/+-fA7kactC-44OTQ1
Semak Juga: Baby on the move adalah wakil penjual yg sah di bawah program insentif mycars 2023
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih. Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) Untuk 18-40 Tahun