Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka

Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka

Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka – Salah satu program yang diteruskan oleh pihak Kerajaan adalah Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) sebanyak RM300 sebulan.

Bantuan ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diteruskan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka

Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Syarat-syarat Kelayakan
Terdapat tiga kategori nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran ESHN, iaitu:

Pemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat:

Memiliki MyKad (Biru);
Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah;
Status subsidi minyak yang aktif.

Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia:

Memiliki MyKad (Biru);
Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat;

Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka

Had Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN:

Setiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja;
Had bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan;
Sekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja.

Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka

Cara Memohon
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem e-Pengisytiharan LKIM.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diminta di sistem berkenaan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Semak Juga: Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Telah Diumumkan

Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka

Leave a Comment