Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023
Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023 – Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Tujuan e-Pengeluaran KWSP
Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
– Pengeluaran untuk membeli rumah
– Pengeluaran untuk membina rumah
– Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
– Rawatan perubatan
– Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
– Pengeluran untuk pendidikan
Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023
Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023
Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP
Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online
Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.
Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023
Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?
Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.
Semoga bermanfaat!
Maklumat Lanjut e-Pengeluaran KWSP
Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my
Semak Juga: Lebih 50,000 mohon FSA2 KWSP, hanya 27,705 layak
Mohon Juga: Untuk Semua Isi Rumah Bantuan Bakul Makanan Sehingga RM600
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023