Permohonan dan Syarat Bantuan Komputer Riba Sebanyak 150,000 Kepada Pelajar

Bantuan Komputer Riba Percuma Kepada 150,000 Murid Sekolah

Sumbangan Komputer Riba Daripada Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC)

Menurut pembentangan Belanjawan 2021, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan khusus kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam berbentuan bantuan komputer riba percuma.

Tujuan inisiatif ini adalah untuk meringankan beban pelajar yang datang dari golongan kurang berkemampuan dalam meneruskan pembelajaran secara atas talian (online).

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita sejak tahun lalu, pengajaran dan pembelajaran secara online adalah menjadi satu norma baharu. Disebabkan hal ini, setiap keluarga haruslah mempunyai alatan yang cukup dan elok untuk meneruskan pembelajaran bermutu bagi anak-anak yang bersekolah.

 

Siapakah yang akan menerima bantuan komputer riba percuma ini?

Inisiatif ini melibatkan 500 buah sekolah di Malaysia sebagai projek rintis dan ia akan diselia oleh Yayasan Hasanah. Pemilihan pelajar dan sekolah yang akan terlibat dengan CERDIK akan ditentukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelak.

 

Cara Permohonan

Buat masa ini, tiada lagi pengumuman berkaitan permohonan secara khusus. Makluman permohonan dan syarat kelayakan pemberian komputer riba percuma akan menyusul selepas mendapat makluman nanti.

 

Permohonan dan Syarat Bantuan 150,000 Komputer Riba Kepada Pelajar

Bagi mereka yang bekeperluan, silalah nantikan pengumuman daripada kerjaaan mengenai cara permohonan dan pengagihan kelak. Diharapkan agar bantuan komputer riba ini akan dimanfaatkan oleh pelajar dengan sebaik-baiknya.

Bagi mengetahui selanjutnya tentang pengagihan Belanjawan 2021 daripada kerajaan, sila tekan link pautan lamas khas Belanjawan 2021 di sini.

 

Berminat mengetahui CARA MEMOHON DAN SYARAT BANTUAN WARGA EMAS BULANAN RM350? Sila tekan link di sini.

Selamat maju jaya

 

Leave a Comment