Permohonan Bantuan Biasiswa
Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai permohonan bantuan biasiswa Pahang ini.
Pahang (Sekolah Menengah) merupakan sekolah yang diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di sekolah menengah yang kurang berkemampuan.
Oleh itu, kepada murid Tingkatan 1 dan 4 yang belajar di sekolah menengah di Negeri Pahang berpeluang untuk memohon bantuan kewangan daripada Yayasan Pahang.
Lihat Cara Mohon Bantuan EFS – Kelahiran Anak 2022
Tarikh Permohonan Bantuan Biasiswa
Permohonan dibuka mulai :
- 12 Mei hingga 15 Jun 2022
Kadar Bantuan
- Bagi pemohon yang layak akan menerima bantuan biasiswa Pahang sebanyak :
RM600
- Peringkat Kelayakan Permohonan
- Permohonan biasiswa ini terbuka kepada pelajar :
- Tingkatan 1 dan 4
Syarat Permohonan Bantuan Biasiswa
Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Bantuan Pahang :
- Warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa pemohon warganegara Malaysia.
- Pemohon / ibu / bapa mestilah lahir di negeri Pahang atau bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
- Pemohon mempunyai adik-beradik yang ramai dan masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Keutamaan diberikan kepada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
- Murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
- Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej
- Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah
- Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
- Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) pemohon mestilah tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
- Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
Cara Membuat Permohonan Bantuan
Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan :
- Dapatkan borang permohonan di sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
- Sila lengkapkan butiran yang diperlukan.
- Borang yang telah lengkap diisi, perlu di hantar kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod dan simpanan.
Jenis Sekolah
Berikut merupakan jenis-jenis sekolah yang layak untuk memohon biasiswa :
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Agama (SMA)
- SekolahAgama Bantuan Kerajaan (SABK)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai biasiswa Sekolah Menengah Pahang, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau layari laman sesawang Yayasan Pahang.
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.