Apa Itu Rumah Mesra Rakyat?
Ini adalah satu berita gembira bagi mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi masih belum ada modal, atau tak cukup duit, untuk memulakan pembinaan rumah.
Pihak kerajaan yang memang tidak pernah berhenti untuk cuba memenuhi keperluan rakyat telah menjayakan satu program di bawah SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) yang dipanggil Program Rumah Mesra Rakyat SPNB.
Program ni memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga (seperti biasa, ada syarat-syaratnya tau).
Sebelum itu, cuba semak syarat kelayakan RMR
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RMR:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
- Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah,
- pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan
CIRI-CIRI/HARGA/PINJAMAN/BAYARAN BULANAN RMR
Berikut adalah maklumat secara lengkap tentang rumah mesra rakyat(RMR):
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT(RMR)
Berikut adalah borang yang perlu disi oleh pemohon,sila muat turun:
PENDAFTARAN RMR SPNB ONLINE
Pemohon boleh membuat permohonan baru program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) melalui http://rmr.spnbonline.com.my
Berikut adalah proses pendaftaran RMR SPNB ONLINE:
KLIK PENDAFTARAN BARU> PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN> LOG MASUK KE LAMAN UTAMA> MELENGKAPKAN BORANG ONLINE> SELESAI MENGISI BORANG ONLINE> MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
Berikut adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pemohon:
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)