Permohonan Bantuan Warga Emas, April 2022, Secara one-off RM500

Permohonan Bantuan Warga Emas, April 2022 Secara one-off RM500

Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Warga Emas 

Orang tua atau warga emas yang ignin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi RUmah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalina JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Permohonan Bantuan Warga Emas

Bantuan Warga Emas

1. Berikut kami kongsikan cara untuk membuat permohonan Bantuan Warga Emas:

  • Layari laman web JKM di ebantuanjkm
  • Klik pada butang pendaftaran permohonan
  • Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
  • Setelah selesai, klik butang daftar
  • Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda.
  • Dokumen Yang Diperlukan

2. Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Bantuan Warga Emas

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” Permohonan Bantuan Warga Emas ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment