Mohon Bantuan Suri Rumah Dengan i-Suri KWSP Sekarang!
Apa itu i-Suri?
Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021
Faedah yang diperolehi
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 Nov 2018
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Cara mendaftar bantuan suri rumah
Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad serta dua borang berikut:
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.
Maklumat lanjut
Untuk info lanjut tentang bantuan suri rumah i-Suri KWSP ini, anda boleh rujuk portal rasmi KWSP i-Suri.
–> Sila baca TERKINI: SOP PKP 3.0 Terkini Diperketatkan – berkuatkuasa 25 Mei 2021
–> Sila baca Cara Senang Memohon Bantuan Pekerja RM600 dan Majikan RM200: KerjayaGig