Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022-Borang Permohonan Bantuan di sini!
Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 – Borang Permohonan Rumah PPRT 2022. Terdapat pelbagai bantuan yang telah dilancarkan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Adakah awak tahu? Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT.
Program ini menyasarkan mereka yang ingin membina rumah baru atau mengubahsuai rumah untuk didiami dan memerlukan bantuan.
Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022
Permohonan Bantuan Pprt Diberi Keutamaan Kepada Kumpulan Berikut:
Orang Kurang Upaya – Oku
Mangsa Bencana Alam Berskala Kecil
Warga Emas
Bapa Tunggal Atau Ibu Yang Mempunyai Keluarga Besar Untuk Bergantung
Keutamaan Pelaksanaan Program Ini Adalah Bagi Daerah Dan Negeri Yang Mempunyai Kadar Kemiskinan Yang Tinggi.
Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin dan miskin teruk dengan membaiki atau membina rumah baharu bagi menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Jenis Kategori Rumah PPRT
Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :
1) Baik Pulih
A) Pembaikan Rumah Melibatkan 3 Elemen Penting
-Penambahbaikan
-Penyelenggaraan
-Permintaan
B) Syarat-syarat Program Bantuan Pembaikan Rumah
-Bantuan Akan Diberikan Kepada Individu Yang Mempunyai Rumah Yang Uzur Atau Rosak Akibat Bencana Dan Masih Boleh Dibaiki.
-Mendapat Surat Kebenaran Kes Menaiki Tanah Daripada Pemilik.
2) Bina Baru
Bantuan Pembinaan Rumah Baharu Akan Diberikan Kepada Individu Yang Tidak Mempunyai Rumah Sendiri Atau Rumah Yang Didiami Terlalu Lama Dan Tidak Selamat Untuk Didiami.
Jika Anda Memenuhi Syarat Kelayakan Dan Ingin Membuat Permohonan, Di Bawah Telah Disediakan Cara Memohon Pprt :
-Sila Layari Portal Rasmi Espkr
-Kemudian Tekan Butang “Program Perumahan Rakyat Miskin” Di Halaman Utama
-Sila Lengkapkan Maklumat Yang Anda Perlukan Di Ruangan Yang Disediakan
-Selepas Selesai Mengisi, Tekan “Hantar Permohonan”
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut;
Talian Khas : 03 8000 8000
E-mel : [email protected]
Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022