Permohonan Bantuan RM600 Bagi Setiap Pekerja Selama 4 Bulan PEMULIH ~ syarat kelayakan & cara memohon

Bantuan RM600 PSU

Apa itu Program Subsidi Upah?

Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, kerajaan sudah pun membelanjakan lebih RM15 bilion bagi membantu majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Memandangkan respons positif berhubung program ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 4.0.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Bayaran Diterima

Bayaran yang diterima bagi seorang pekerja pelaksanaan PSU 4.0 sebanyak bantuan RM600 bagi setiap seorang pekerja.

Syarat Kelayakan

  • Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  • Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP
  • Baca jadual di bawah bagi info lanjut syarat kelayakan

Screenshot 2021 07 30 at 3.10.14 AM 1024x765 1

Cara Permohonan

Kepada majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0, sila ikuti langkah-langkah tersebut:

  1. Sila layari laman web berikut untuk membuat permohonan : https://psu.perkeso.gov.my/
  2. Seterusnya, majikan akan menerima No. Rujukan untuk menyemak status permohonan
  3. Senarai nama majikan yang diluluskan bayaran PSU 4.0 termasuk bilangan pekerja yang diluluskan, boleh disemak di : myfuturejobs.gov.my

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 4.0, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

 

Leave a Comment