Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40

Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40

Tahukah anda ? Permohonan Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40 Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk memohon i-Suri KWSP.

Baca sini > RASMI ! Permohonan Rumah Sewa PPR Serendah RM124 Sebulan 2022

Baca juga > Pengambilan Permohonan Jawatan Kosong KWAP Sebelum Tarikh Tutup 23 ini

Bantuan RM480

CARA DAFTAR I-SURI KWSP

Pendaftaran Bantuan RM480 boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:

– MyKad
– Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
– Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat kelayakan pendaftaran Bantuan RM480 i-Suri KWSP:

– Warganegara Malaysia
– Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
– Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
– Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
– Belum mencapai umur 60 tahun.

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM BANTUAN RM480?

– Diri sendiri (isteri)
– Suami kepada pasangan yang layak
– Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan – ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.

FAEDAH I-SURI KWSP

Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih ATAU Belum mencapai umur 60 tahun &  KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.

Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Berikut dikongsikan faedah Bantuan RM480 i-Suri KWSP:

Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun. Menerima dividen tahunan KWSP
Bantuan Kematian: RM2500

CARA BAYARAN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran:

– Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
– Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
– Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
– Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga – Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman web
https:www.kwsp.gov.my/

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment