TERKINI: Permohonan bantuan NADMA masih rendah, orang ramai digalakkan memohon ~ Lihat syarat kelayakan dan cara memohon di sini!

Permohonan bantuan NADMA masih rendah, individu terkesan hendaklah tampil untuk memohon

Individu yang terkesan akibat COVID-19 diminta tampil untuk memohon bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Ini kerana, jumlah permohonan Bantuan Khas Hilang Pendapatan (BKHP) dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian (BKPK) yang diterima masih rendah.

–> Sila baca TERKINI: Permohonan Pengeluaran i-Citra Online Kini Dibuka ~ permohonan & tarikh pembayaran

Syarat Kelayakan

Pemohon yang layak:

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana; menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU
  2. menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)

Pemohon yang TIDAK layak:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan

RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Cara Memohon

  1. Baca garis panduan dengan teliti; http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
  2. Sertakan dokumen wajib berikut: Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19, Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
  3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;

Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf

Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf

Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf

Hantar permohonan lengkap melalui 3 cara dibawah:

  1. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab);
    atau
  2. Email ke [email protected] atau
  3. Pos kepada;

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

Cara Bayaran Bantuan akan disalurkan

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Cara Semak Status Permohonan

Pemohon boleh menyemak status di sini dengan memasukkan nombor kad pengenalan sahaja.

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, bolehlah membaca FAQ – Garis Panduan Pemberian Bantuan Khas COVID-19 http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan/bantuan-khas-covid-19

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment