Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma : MyLesen 2023

Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma : MyLesen 2023

Permohonan Bantuan Lesen Memandu atau Pendaftaran Program MYLesen B2 bagi tahun 2023 telah dibuka. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Tuan/puan boleh hadir ke JPJ Negeri Melaka bersama dokumen untuk pendafataran jika memenuhi syarat -syarat asas yang ditetapkan.

Permohonan Bantuan Lesen Memandu, Dengan jumlah 9,000 orang dari golongan B40 seluruh Negara akan dapat menyertai program MyLesen B2, manfaat daripada inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia – Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).

Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.

Baca sini: Untuk pengetahuan, bantuan RM400 ini akan diagihkan pada STR Fasa 4 bulan November 2023 ini.

Baca juga: KWSP Pengeluaran Khas. FSA2 membolehkan pencarum untuk melakukan transaksi pengeluaran wang

Permohonan bantuan lesen memandu

MyLesen 2023

Program Permohonan Bantuan Lesen Memandu ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.

Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Permohonan bantuan lesen memandu

Program MyLesen 2023 B2 (Melaka)

Syarat-syarat Permohonan Bantuan Lesen Memandu adalah seperti berikut :

*Sila kemukakan dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan.

– Warganegara Malaysia
– Umur 16 tahun ke atas
– Sihat tubuh badan & mental
– Belum memiliki sebarang lesen memandu
– Penerima bantuan Kerajaan (eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN dan Golongan B40)
– Tanggungan kepada penerima layak memohon

HUBUNGI URUS SETIA PROGRAM MYLESEN B2 MELAKA :

06-251 4049 / 06 – 251 4050
9.00 pagi hingga 4.00 petang
Bahagian Pelesenan Melaka

Maklumat Lanjut

JPJ Negeri Melaka telah dipersijilkan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) dan komited dalam memerangi rasuah.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh disalurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau kepada saluran http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Leave a Comment