Permohonan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia 2022. Menurut Perdana Menteri MALAYSIA Datuk Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan Bantuan lesen (BLKM) ini adalah dikhaskan untuk golongan B40 dan juga masyarakat Orang Asli yang menghadapai cabaran untuk mengikuti kelas memandu di latihan Institut Memandu untuk bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.
Ianya merupakan kerjasama daripada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu sebuah bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 kini telah diperkenalkan.
BLKM ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri Yaakob. Untuk makluman anda, bantuan ini merupakan sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui pihak JPJ.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini telahpun dilaksanakan sejak tahun 1990-an lagi menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ianya ditukar nama kepada Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin dan Program Satu Komuniti Satu JPJ.
Semak Sini: Permohonan Membaiki Rumah Mengikut Negeri 2022
Maklumat Permohonan Bantuan Lesen Keluarga
Kepada mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan ini, mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM250 setiap seorang dengan menghadiri kursus singkat.
BLKM ini adalah lebih murah sekiranya dibandingkan dengan kos sebenar yang mana perlu ditanggung oleh individu biasa yang berjumlah RM750 seorang.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut merupakan syarat yang perlu dipatuhi dengan tapisan yang dilakukan oleh pihak JPJ untuk mendapatkan bantuan ini:
– Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas.
– Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.
– Tidak disenarai hitam JPJ atau polis.
– Sihat tubuh badan dan mental.
– Tiada kecacatan fizikal.
CARA PERMOHONAN
Buat masa ini, tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan mengenai cara untuk membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info yang lebih lanjut akan dikemaskini kepada anda diluar sana dari semasa ke semasa.
INFO LANJUT
Sekiranya anda terdapat sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan BLKM ini, anda boleh melayari laman rasmi MOT yang berikut:
– https://www.facebook.com/motmalaysia
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.