Permohonan Bantuan Khas OKU Sebanyak RM500 ‘One-Off’ ~ Dibuka Hingga 31 Julai!

Permohonan Bantuan Khas OKU KITA Selangor 2.0 Sudah Dibuka!

Apa itu Bantuan Khas OKU?

Pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor. Bantuan Khas ini akan diberikan secara one-off sebanyak RM 500.00 kepada setiap pemohon yang diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Sasaran sebanyak 1,200 permohonan yang layak.

Objektif Utama Bantuan OKU KITA Selangor 2.0 adalah:

  • Membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sama ada kehilangan pekerjaan tetap ataupun hilang punca pendapatan (bagi yang berniaga).

–> Sila baca Cara Permohonan Program Bakul Makanan Bagi B40, Ibu Tunggal, Kurang Pendapatan Hilang Pekerjaan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000.00 sahaja
  • Pemegang Kad OKU JKM Selangor
  • OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19
  • Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor ; ATAU
  • Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga

Permohonan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup. Tempoh Permohonan : 1 – 31 Julai 2021

May be an image of one or more people and text that says "amirudinshari.com #KitaSelangor PAKEJ KITA SELANGOR 2.0 YAWAS yavasan selangor PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU DIBUKA BERMULA 1JULAI 2021 HINGGA 31 JULAI 2021 MAKLUMAT LANJUT LAYARI: anisselangor.com/bantuanOKU PERINGATAN: Dokumen sokongan hendaklah dalam tempoh hari bekerja selepas permohonan dibuat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda DITOLAK HOTLINE HOTLINE 018 2567093 018 2356213 HOTLINE 010 4023819 HOTLINE 4: 013 3953273"

Jumlah Bantuan Khas OKU

Had bantuan bagi setiap pemohon adalah berjumlah RM500.00 bersifat one-off bagi setiap permohonan yang berjaya.

Cara Permohonan

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuanOKU
  • Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  • Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  • Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
  • Penghantaran melalui emel di [email protected]ATAU
  • Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:
  • Yayasan Warisan Anak Selangor
    Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam, Selangor.
    Talian Hotline : 03-5481 8800

permohonan oku e04a943f472c7553ba95d5d99022dae29a0820e85ed72bbf9ec17111280d94c5modus oku 47f61404e802469f24e24d5ee090c3ab7c2b69443b20445b1f3a67365d1f1ec3

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
  • Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)
  • Salinan slip gaji terakhir.
  • Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
  • Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)

Senarai Dokumen yang perlu dimuat turun

Bagaimanakan cara pembayaran Bantuan Khas OKU ini?

Pembayaran akan dibuat secara terus melalui EFT (Electronic Fund Transfer) ke akaun pemohon yang layak.

Soalan Lazim

  1. Soalan: Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak sayaJawapan: Tidak Boleh. Bantuan ini terhad kepada 1 keluarga untuk 1 pemohon.
  2. Soalan: Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?Jawapan: Tidak Boleh. Pemohon mestilah mempunyai Kad OKU dari JKM.
  3. Soalan: Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?Jawapan: Boleh. Permohonan dibuka untuk usia 18 tahun dan ke atas sahaja.
  4. Soalan: Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?Jawapan: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja www.anisselangor.com/bantuanOKU Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.
  5. Soalan: Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?Jawapan: Borang permohonan boleh di emelkan ke [email protected]
  6. Soalan: Saya bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?Jawapan: Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
  7. Soalan: Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan ini?Jawapan: Tidak boleh. Pemohon mesti menetap di Selangor sahaja.
  8. Soalan: Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap?Jawapan: TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.
  9. Soalan: Saya merupakan OKU Pembelajaran dan tidak pernah bekerja sebelum ini. Adakah saya boleh memohon bantuan ini?Jawapan: Tidak Boleh kerana tidak memenuhi syarat kelayakan. Bantuan OKU ini khas kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini samada dipecat, dipotong gaji atau semaksud dengannya.

Maklumat Lanjut

Sila layari laman web Anak Istimewa Selangor di sini.

Jangan lupa layari laman web MyInfoKerja bagi info bantuan-bantuan kerajaan dan info yang terkini. Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan terkini.

–> Sila baca Senarai Bantuan Pakej PEMULIH Yang Diumumkan PM Petang Tadi ~ BPR Fasa 3, i-Citra KWSP, Bantuan Tunai

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment