Permohonan Bantuan Khas KWSP RM480 Yang Akan Dikreditkan
Permohonan Bantuan Khas KWSP RM480 Yang Akan Dikreditkan – Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih adalah layak untuk insentif ini dan akan menerima sumbangan khas Kerajaan sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sebanyak RM5 atau RM480 setahun bagi caruman RM60 setahun.
Ia bertujuan untuk menggalakkan suri rumah mencarum secara sukarela di KWSP dan juga sebagai tanda penghargaan Kerajaan kepada sumbangan suri rumah dalam pembangunan negara.
Permohonan Bantuan Khas KWSP RM480 Yang Akan Dikreditkan
Bantuan Khas e-Kasih KWSP
Antara faedah lain Kasih Suri Keluarga Malaysia adalah:
– Mencarum pada apa-apa amaun, pada bila-bila masa mengikut kemampuan kewangan
– Boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
– Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan mereka
– Bantuan hilang upaya tertakluk kepada tema dan syarat
– Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
Kasih Suri Keluarga Malaysia bertujuan untuk memastikan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) mempunyai simpanan persaraan untuk kesejahteraan hidup mereka di hari tua mereka.
Permohonan Bantuan Khas KWSP RM480 Yang Akan Dikreditkan
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Berumur di bawah 55 tahun
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ketua Isi Rumah Wanita
Suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat November 2021
Mencarum sekurang-kurangnya RM5/sebulan atau RM60/setahun ke dalam akaun KWSP
Ahli KWSP
Telah membuat pilihan Kasih Suri Keluarga Malaysia
Menghantar borang KWSP 16G(M)
Peringatan Penting:Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif i-Saraan, anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi Kasih Suri Keluarga Malaysia. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.
Permohonan Bantuan Khas KWSP RM480 Yang Akan Dikreditkan
Cara Memohon
Untuk mendaftar Kasih Suri Keluarga Malaysia:
– Isikan borang Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP 16G(M)
– Buat pendaftaran di Kaunter KWSP
Pembayaran boleh disalurkan melalui:
– Perbankan internet melalui Maybank, RHB Bank, Public Bank, Bank Muamalat, Alliance Bank, Hong Leong Bank, Bank Islam, CIMB Bank dan MBSB Bank
– Kaunter ejen bank (tunai / cek) melalui BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
– Ejen bank berdaftar BSN
– Di mana-mana kaunter pembayaran KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar menggunakan Borang KWSP 6A (2)
Untuk maklumat lanjut sila rujuk Senarai Pejabat dan Kios KWSP
Tiada had tempoh permohonan
Dokumen yang diperlukan:-
MyKad
Borang Kasih Suri Keluarga Malaysia – KWSP 16G(M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
Borang Kasih Suri Keluarga Malaysia – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkara diatas, anda boleh layari laman web rasmi – DISINI
Semak Juga: Jumlah Dividen Tabung Haji Akan Dikreditkan Pada Hari Ini
Mohon Juga: Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kini Dibuka
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free – Permohonan Bantuan Khas KWSP RM480 Yang Akan Dikreditkan