Bantuan Kewangan 2021 Untuk Golongan B40 – mySalam
Bantuan Kewangan mySalam
Bantuan kewangan MySalam adalah sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful. Inisiatif ini diberikan kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Pembayaran elaun hospitalisasi sebanyak RM50/satu malam terhad untuk 14 hari setahun atau bersamaan RM700 akan dibayar kepada penerima mySalam sekiranya dimasukkan ke wad hospital kerajaan.
Siapakah yang layak memohon?
Bagi pengetahuan pembaca, hanya individu yang layak bagi skim mySalam dapat menikmati manfaat yang ditawarkan perlindungan skim ini.
Berikut adalah syarat kelayakan:
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Sebarang pertanyaan tuntutan yang dibuat adalah berdasarkan kelayakan bagi skim mySalam, dan juga tuntutan yang dikemukakan perlu menepati terma dan syarat perlindungan mySalam.
Manfaaat Skim mySalam
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
Senarai 45 Penyakit Kritikal adalah seperti di bawah:
1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
6. Pembedahan Otak
7. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
8. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
9. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
10. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
16. AIDS Dengan Gejala Penuh
17. Hepatitis Viral Fulminan
18. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
19. Pembedahan Injap Jantung
20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Keupayaan Bertutur
24. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
26. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
27. Sklerosis Multipel
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan Anggota
30. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
32. Penyakit Arteri Koronari Serius
33. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
36. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
39. Penyakit Sistik Medular
40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
41. Poliomielitis
42. Skleroderma Progresif
43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
Cara Tuntutan Skim mySalam
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
i. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang‘ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
ii. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Permohonan Bantuan Kewangan Sebanyak RM700 Bagi Golongan B40
Bagi mereka yang memerlukan bantuan, silalah melayari laman web rasmi mySalam di sini untuk mengetahui info lebih lanjut.
Sila juga membaca soalan lazim tentang skim mySalam di sini.
Sila tekan di sini untuk membaca infografik menarik tentang perbandingan mySalam dan PeKa B40.
Ingin mengetahui CARA MEMOHON DAN SYARAT BANTUAN WARGA EMAS BULANAN RM350? Sila tekan link di sini.
Selamat maju jaya!