Permohonan Bantuan Kanak-Kanak BKK 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.
Untuk penjaga atau ibubapa yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.
Kriteria Kelayakan
1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Baca Juga: 4 Kategori Wang Pengeluaran KWSP
Permohonan Bantuan Kanak-Kanak BKK 2022
Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022
Pejabat JKM
1. Pergi ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan Bantuan Kanak-Kanak 2022 BKK
2. Bawa dokumen ini bersama anda:
– Salinan kad pengenalan pemohon
– Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
– Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
– Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
– Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
– Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan
1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih
4. Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN”
– . Pastikan bawa bersama borang berikut:
Borang permohonan Bantuan Kanak-Kanak – KLIK SINI
Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu Bantuan Kanak-Kanak – KLIK SINI
Maklumat Lanjut
anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda berkenaan dengan Permohonan Bantuan Kanak-Kanak BKK 2022 ini dan Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga