Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah Skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan Ibu Tunggal yang layak
Maklumat lanjut layari Portal JKM – Bantuan Kanak-Kanak
2. Bantuan Orang Tua
Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Maklumat lanjut, layari Portal JKM – Bantuan Orang Tua
3. Bantuan KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Maklumat lanjut, layari Portal Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
4. Bantuan Sara Hidup
Ibu Tunggal warganegara malaysia yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah layak untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup.
Maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup (BSH).
5. Bantuan Zakat
Ibu Tunggal yang cukup kriteria penerimaan zakat boleh memohon bantuan zakat menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021
Berikut adalah skim bantuan ibu tunggal bulanan yang boleh ditawarkan kepada ibu tunggal;
1) sekiranya ibu tunggal tersebut mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, maka beliau layak untuk dipertimbangkan Bantuan Kanak-Kanak Rm100/ sebulan untuk seorang anak dan maksimumnya adalah sebanyak RM450/ sebulan sekeluarga.
2) jika ibu tunggal tersebut tidak mempunyai anak, maka Bantuan Am boleh diberikan.
3) bagi ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, dia layak untuk dipertimbangkan Bantuan Orang Tua sebanyak RM300/ sebulan.
*kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
Oleh itu, untuk JKM mempertimbangkan mana-mana skim bantuan yang bersesuaian dengan pemohon, mohon pemohon untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran untuk mengemukakan permohonan. Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mana-mana bentuk bantuan dipertimbangkan kepada pemohon.
Selain itu, pemohon juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang juga merupakan agensi di bawah KPWKM dan mendaftarkan diri di jabatan tersebut bagi membolehkan pemohon mengikuti mana-mana kursus atau latihan yang disediakan oleh JPW kepada ibu-ibu tunggal.
(Sumber: FAQ Suara Anda KPWKM)
Bagaimanakah cara memohon bantuan ibu tunggal?
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara online mahupun manual. Namun, pada masa ini, permohonan secara online telah tutup. Bila sudah boleh, pemohon bolehlah ke laman web tersebut.
1) Permohonan Secara Manual
Jika anda lebih selesa permohonan secara manual, boleh hantar dokumen sokongan di agensi kerajaan, boleh terus pergi mana-mana cawangan terdekat Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN), cawangan JKM atau cawangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Borang permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan boleh dapatkan daripada kakitangan yang bertugas di sana.
Permohonan secara manual boleh dibuat di tempat berikut:
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) / JKM Negeri / PKMD / LPPKN
- Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah / Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Bagi pemohon Sabah)
- Pejabat JKM Sarawak / Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak)
2) Permohonan Secara Online
Permohonan bantuan ibu tunggal secara online juga boleh dibuat melalui Portal JPW (seperti dikongsikan di bawah) dengan mengikuti langkah berikut:
- Pergi ke laman web PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL di sini.
- Isikan borang permohonan secara online mengikut negeri pemohon
- Sila pastikan pemohon telah log masuk ke akaun google (emel Gmail dari google) bagi mengisi borang permohonan secara online
- Sila isi borang mengikut negeri pemohon.2.Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan,
- Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
- Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.
Syarat Kelayakan
KATEGORI PEMOHON.
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:
- Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
Syarat kelayakan bantuan ibu tunggal ini adalah seperti berikut:
- Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Maklumat lanjut mengenai bantuan ibu tunggal ini, sila klik .
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan update terkini dan maklumat lanjut tentang Bantuan Ibu Tunggal PENJANA, pastikan anda follow Facebook Rasmi KPWKM iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui media sosial atau secara manual di alamat berikut:
Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia.
No telefon : 603-8323 1000
E-mel : [email protected]
–> Sila baca Cara Mudah Tebus Bantuan Smartphone + Data Percuma Untuk B40 – Guna Shopee Je!