Permohonan Bantuan Elaun RM300 Untuk Individu Mencari Pekerjaan

Kerajaan telah mengumumkan bantuan elaun RM300 kepada mereka yang telah tamat Sekolah dan Universiti yang diperuntukan khas kepada golongan belia.

Dibawah seliaan badan kerajaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menawarkan bantuan secara elaun RM300 melalui peruntukan bajet tahun 2022 oleh Kerajaan Malaysia.

Kerajaan telah memberi sokongan kepada golongan belia melalui elaun RM300 secara bulanan.

Baca Juga:

Bantuan Elaun Rm300

Melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sumbangan akan diberi secara elaun RM300 kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu dari Universiti berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian bantuan elaun RM300 adalah diatas program pencarian pekerjaan kepada mereka yang baru sahaja tamat persekolahan, graduasi dari universiti dan pekerja sektor tidak formal. Menurut pihak PERKESO program tersebut ialah:-

  • Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+)

Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) merupakan satu program khas kepada bukan pencarum PERKESO dan ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID-19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.

Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

Permohonan Elaun RM300 Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+)

Pemohon boleh membuat permohonan di laman web rasmi PERKESO atau aplikasi PERKESO PRIHATIN. Sebelum memohon di laman web PERKESO atau melalui aplikasi PERKESO PRIHATIN, pemohon perlu mendaftarkan diri di profil MYFUTUREJOB bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan elaun RM300.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Elaun RM300

Bantuan Elaun Rm300

  • Daftar/ kemas kini profil anda dalam portal MYFUTUREJOB.
  • Muat turun aplikasi PERKESO PRIHATIN melalui Apple App Store atau Google Play Store
  • Pemohon boleh memohon tuntutan di aplikasi PERKESO PRIHATIN.

Maklumat Lanjut: gov.my/manfaat/index.php/bm/sip-prihatin

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Elaun RM300

  • Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 jun 2021.
  • Daftar sebagai pencari kerja di portal MYFUTUREJOB
  • Menghadiri temu duga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
  • kemas kini log aktiviti di portal MYFUTUREJOB.
  • Pemohon yang berjaya mendapat elaun berjumlah RM300 semasa dalam proses mencari pekerjaan akan menerima elaun tersebut dalam tempoh 3 bulan dan pemohon juga akan mendapat Elaun Persedian Bekerja (EPB) secara “ONE-OFF” iaitu setelah mendapat pekerjaan.

Maklumat Lanjut

  • Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman rasmi PERKESO.
  • Laman Web Rasmi PERKESO
  • Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi pihak PERKESO di talian 1300-22-8000-03-80915400.

Disclaimers

Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Permohonan Bantuan Elaun RM300 Untuk Individu Mencari Pekerjaan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Myinfokerja.com

Leave a Comment