Permohonan Bantuan Bulanan RM100 – RM350

Bantuan Bulanan

Bantuan Bulanan

Bantuan Bulanan – Matlamat utama bantuan ini ialah diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Antaranya adalah bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenali sebagai Bantuan Am Negeri yang melibatkan bantuan bulanan sebanyak RM100 – RM350.

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Bantuan Bulanan

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan BMT 2022

Cara Memohon Bantuan Bulanan

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan – permohonan Bantuan Am Negeri JKM boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan:

Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada);
Lain-lain dokumen yang berkaitan

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM atau DI SINI.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Bulanan

Bantuan Bulanan

Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Merujuk kepada pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia pada 10 Julai 2020, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional ialah sebanyak RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

Sumber: Berikerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” Permohonan Bantuan Bulanan RM100 – RM350 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Myinfokerja.com

Leave a Comment