Bantuan Bayaran Balik Pinjaman sewaktu PKP 3.0
Pada 31 Mei 2021 pukul 9 PM, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Bantuan PKP 3.0 telah mengumumkan pelbagai inisiatif kerajaan bagi membantu golongan yang terjejas oleh PKP 3.0.
Pakej Moratorium/Pengurangan
Kategori | Bantuan Bayaran Balik Pinjaman |
---|---|
1. Kehilangan pekerjaan (B40, M40, dan T20) | i) Moratorium selama tiga bulan; ATAU ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan. |
2. B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) | |
3. Pengurangan pendapatan (semua peminjam) – Termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah | Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang |
Bantuan khusus lain yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan individu terus tersedia.
Sila hubungi bank anda untuk butiran lanjut.
–> Sila baca Kadar BPR Ditambah: BPR Tambahan RM100, RM300 & RM500 – cara permohonan & tarikh
Syarat Kelayakan
Berikut adalah golongan-golongan yang layak untuk menerima bantuan bayaran balik pinjaman ini:
- Golongan Terjejas Pendapatan
- Pengusaha mikro, kecil dan sederhana
- Golongan B40
- Golongan M40 (Terpulang pada bank)
Pakej Moratorium (Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar)
- Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
- Mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan sehingga 50% selama 6 bulan
Cara Memohon
Selepas permohonan online, bank akan semak kelayakan kita. Selalunya bank akan hubungi peminjam untuk pengesahan. Cara permohonan setiap bank berbeza, ada yang isi online form, ada yang perlu email.
Untuk mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman ini, peminjam boleh menghubungi bank masing-masing dan membuat pilihan yang dikehendaki.
Selepas membuat pilihan pakej Bantuan Bayaran Balik Pinjaman, bank akan memproses pilihan anda dalam tempoh 5 hari kalendar untuk peminjam individu, dan 14 hari kalendar bagi peminjam PKS.
Peminjam yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada bank mereka dalam tempoh yang ditetapkan atau menghadapi kesukaran berurusan dengan bank mereka boleh menghubungi BNM TELELINK atau isikan borang ini untuk membuat aduan: bnm.my/RAsurvey
Peminjam yang mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman mereka seharusnya berbuat demikian. Tindakan ini adalah lebih baik kerana kos peminjaman keseluruhan dapat dikurangkan.
Link Permohonan
Berikut adalah LINK BANK (PERMOHONAN) untuk golongan terjejas diatas untuk memohon bantuan ini.
- CIMB: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumCIMB
- BANK ISLAM: https://tinyurl.com/lanjutamoratoriumbankislam
- MAYBANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriummaybank
- BANK RAKYAT: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumbankrakyat
- BSN: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumbsn
- AGRO BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumagrobank
- PUBLIC BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumpublicbank
- RHB: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumrhb
- AMBANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumambank
- HSBC: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumhsbc
- KUWAIT BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumkuwaitbank
–> Sila baca TERKINI: SOP PKP 3.0 Terkini Diperketatkan – berkuatkuasa 25 Mei 2021
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021