Bantuan Bakul Prihatin Negara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama dengan agensi dan kementerian berkaitan sepanjang penyerahan Bakul Prihatin Negara, bagi membantu permasalahan lain yang dihadapi pemohon.
Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya mendapati ramai pemohon berdepan isu lain seperti masalah kediaman, pendapatan terkesan, tidak mendaftar anak orang kurang upaya (OKU) dan tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)”. Jadi kita akan bekerjasama dengan agensi dan kementerian lain jika pemohon ini memerlukan bantuan lain pula.
“Bantuan Bakul Prihatin Negara ini bukan sekadar penyerahan bakul makanan, tetapi pada masa sama kita lihat juga masalah lain yang dihadapi mereka,” katanya.
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!
Intipati Ucapan berikutan bantuan Bakul Prihatin Negara
Rina berkata, dalam keadaan negara bergelut dengan pandemik Covid-19, pihaknya mengakui ramai orang memerlukan pelbagai bantuan, justeru kerjasama pelbagai pihak untuk membantu mereka mengikut keperluan.
- masyarakat juga perlu memainkan peranan membantu menyalurkan maklumat
- KWPKM sudah menerima sebanyak 314,749 permohonan.
- Kementerian sudah menyerahkan bantuan itu kepada sebanyak 11,740 pemohon yang mampu memanfaatkan lebih 40,000 isi rumah
- mendapat sumbangan daripada lima syarikat korporat
- minta lebih banyak syarikat korporat untuk turut sama membantu
Apakah itu Bakul Prihatin Negara?
Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri;
- Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;
- Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU
- Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat
Lihat senarai BILIK GERAKAN JKM BAGI SETIAP NEGERI DI SINI.
Maklumat Lanjut
Sila layari laman web rasmi JKM di sini tentang program ini.
–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)