Permohonan Bantuan Program Makanan Artis COVID-19 – Bantuan Sehingga RM220!

Permohonan Bantuan Kerajaan 2021

Apa itu Permohonan Bantuan Program Makanan Artis?

Program Bantuan Makanan Artis COVID-19 adalah sebuah usahasama antara CENDANA dan Yayasan Sime Darby untuk membantu artis, kolektif, dan organisasi seni Malaysia dalam sektor seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf yang menerima pendapatan daripada gig, pameran, penerbitan, merapatkan seni, dan perkhidmatan kepada seni yang terkesan teruk akibat pandemik ini.

Program ini adalah kesinambungan dari tahun lepas dan dalam fasa kedua, program ini akan meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Program ini dilaksanakan bersama-sama rakan komuniti seperti P.O.R.T Ipoh, Penang Arts District, PUSAKA, Duyong Arts Community, Persatuan Seni Kebudayaan Indera Mahkota, Society of Performing Arts Kota Kinabalu, Sabah (SPARKS), dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd.

Inisiatif ini disokong oleh dana daripada geran Kementerian Kewangan Malaysia yang merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kerajaan, Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang dikelolai Yayasan Hasanah melalui GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN)

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

Permohonan Program Bantuan Makanan Artis COVID-19

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang mempunyai pengalaman relevan sekurang-kurangnya 2 tahun dan portfolio kerja yang menunjukkan penglibatan aktif dalam sektor seni budaya.
  2. Pemohon terdiri daripada artis, pekerja tadbir, kolektif, dan organisasi seni Malaysia dalam sektor seni persembahan,seni visual, muzik independen dan kraf yang menerima pendapatan daripada gig, pameran, penerbitan, merapatkan seni, dan perkhidmatan kepada seni.
  3. Berada dan menjalankan kerja seni di Malaysia.
  4. Bukan pekerja sepenuh masa, ahli lembaga pengarah, pengarah, pegawai atau ahli keluarga terdekat CENDANA atau Yayasan Sime Darby.
  5. Pemohon merupakan kelompok yang kehilangan pendapatan/terjejas teruk akibat impak pandemik.

Tarikh Permohonan

Berikut adalah fasa-fasa kitaran permohonan bantuan ini yang akan diberikan:

KitaranTarikh Permohonan
Dibuka
Tarikh TutupTarikh notifikasi kepada pemohon yang berjaya
Kitaran 35 Julai 202111 Julai 2021Bermula 5 Ogos 2021
Kitaran 412 Julai 202118 Julai 2021Bermula 12 Ogos 2021

Cara Memohon

Ikuti langkah-langkah dibawah bagi membuat permohonan bantuan ini:

  1. Layari laman web https://www.cendana.com.my/our-activities/our-activities/program-bantuan-makanan-artis-covid-19?fbclid=IwAR3gCuBe7W68fL7YfMg22oN08JJgUJkJ2151KeZe8cR4P68BzwTE8D62XwA.
  2. Klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik salinan kad pengenalan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk bahagaian soalan lazim untuk maklumat lanjut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan program ini, anda boleh menghantar emel kepada [email protected] .

–> Sila baca Permohonan GKP 4.0 Pakej PEMULIH RM1,000 ~ cara dan tarikh memohon

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment