Perlu ada simpanan KWSP RM240,000 untuk bersara secara bermaruah

Perlu ada simpanan KWSP RM240,000 untuk bersara secara bermaruah

Perlu ada simpanan KWSP RM240,000 untuk bersara secara bermaruah – Rakyat di negara ini perlu mempunyai simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekurang-kurangnya RM240,000, untuk bersara pada usia 55 tahun secara bermaruah.

Perlu ada simpanan KWSP RM240,000 untuk bersara secara bermaruah

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata anggaran simpanan caruman berkenaan, membolehkan seseorang untuk menampung kehidupan bagi tempoh 20 tahun selepas bersara, dengan kadar perbelanjaan RM1,000 sebulan.

Perlu ada simpanan KWSP

Perlu ada simpanan KWSP RM240,000 untuk bersara secara bermaruah

“Sekiranya seseorang berpencen pada umur 55 tahun, ditambah 20 tahun kehidupan selepas berpencen menjadikan keseluruhannya ialah 75 tahun, iaitu merupakan jangka hayat rakyat Malaysia,” katanya selepas lawatan ke Ibu Pejabat KWSP Kota Bharu.

Ahmad berkata antara cadangan yang diketengahkan kepada rakyat untuk menambahkan caruman simpanan mereka ialah dengan melakukan caruman secara sukarela, menerusi caruman i-Saraan KWSP.

Beliau berkata setakat Jun, lebih 500,000 pencarum di seluruh negara telah melakukan caruman di bawah caruman i-Saraan KWSP, selain pada masa yang sama kerajaan berhasrat penyertaan berkenaan dapat dimaksimumkan.

Perlu ada simpanan KWSP RM240,000 untuk bersara secara bermaruah

“Kita ingin memastikan penyertaan maksimum rakyat menerusi caruman ini, terutamanya mereka yang berada dalam sektor tidak formal iaitu peniaga, nelayan, pesawah, petani, penoreh getah dan sebagainya. Malah, mereka yang bekerja kerajaan juga disyorkan untuk mencarum, walaupun mereka mempunyai pencen.

“Melalui caruman ini juga pencarum layak menerima insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan sebanyak RM300 maksima secara tahunan, sekiranya mereka mencarum sekurang-kurangnya RM2,000 setahun, selain dividen sehingga mencecah lima peratus,” katanya.

Ahmad Maslan berkata sebanyak 26 Kaunter Bergerak KWSP turut di lancarkan pada 4 Julai lalu di Wilayah Timur, terutama di kawasan pedalaman untuk menghebahkan mengenai caruman berkenaan selain perkara berkaitan.

“Menerusi kaunter bergerak itu, pencarum mahupun orang ramai boleh mendapatkan khidmat nasihat persaraan serta pengiraan simpanan persaraan, bagi membantu menilai kecukupan simpanan apabila bersara nanti sekali gus untuk mendapatkan persaraan yang lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Perlu ada simpanan KWSP

Lagi info terkini berkaitan dengan 1MDB Najib Razak

‼️Mahkamah Tinggi memberitahu di sini pada Rabu bahawa beliau pernah menjadi rakan kongsi

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Perlu ada simpanan KWSP RM240,000 untuk bersara secara bermaruah

Perlu ada simpanan KWSP

Leave a Comment