Hasil perbincangan tuntut pengeluaran i-Citra KWSP dengan pemuda UMNO
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan komitmen untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Citra bagi membantu mengurangkan bebanan pencarum ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan berita
- Pergerakan Pemuda UMNO telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan minggu hadapan bagi menuntut pengeluaran minimum i-Citra sebanyak RM10,000 secara ‘one off’.
- “(Pemuda UMNO) tidak putus-putus menerima mesej minta saya dan Pemuda UMNO terus perjuangkan isu KWSP i-Citra.” kata Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
- Perbincangan ini termasuklah hasrat rakyat mengenai pengeluaran i-CItra iaitu, dapat RM10,000 secara one-off, bukan RM1,000 secara bulanan dan terhad sehingga RM5,000 sahaja.
- Penambahbaikan skim i-Citra itu menjadi tuntutan utama rakyat khususnya golongan T20 dan M40 yang kini jatuh ke kategori B40 selepas kehilangan pekerjaan kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.
- “Saya telah mengadakan perbicangan hampir 2 jam bermula pukul 11 pagi bagi membawa isu #TuntutanRakyat khususnya permintaan rakyat untuk mengeluarkan caruman i-Citra secara pukal (one-off) minima RM10,000 dalam tempoh pandemik ini,”
Tiga hasrat #TuntutanRakyat yang telah dibincangkan dalam pertemuan itu
- Hasrat rakyat terutamanya di kalangan M40 bahkan sebahagian besar T20 yang sudah jatuh ke peringkat B40 yang benar-benar berharap untuk dapat mengeluarkan caruman mereka pada kadar minimum RM10,000 secara pukal (lump sum) bagi memenuhi desakan hidup untuk melangsaikan pelbagai komitmen, hutang, bahkan memulakan kehidupan baharu akibat hilang punca pendapatan, dipotong gaji, dicutikan tanpa gaji akibat pandemik
- Pihak KWSP juga menjelaskan pelbagai kekangan mereka termasuk bagi mengimbangi keperluan untuk memastikan jaminan simpanan hari tua pekerja tidak terjejas.
- Mekanisme caruman dan takaful bagi melindungi pekerja-pekerja industri tidak formal atau gig ekonomi khususnya penghantar p-hailing dan pemandu e-hailling yang setakat ini tiada pembelaan dari segi kebajikan dan perlindungan.
“Doakan agar #TuntutanRakyat mengenai i-Citra ini dapat segera dipertimbangkan untuk diluluskan oleh pihak Menteri Kewangan dan KWSP.”
Sumber: Sinar Harian
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih