Perbezaan STR dengan BKM yang kita perlu tahu
Perbezaan STR dengan BKM yang kita perlu tahu – Perbezaan STR dengan BKM yang kita perlu tahuSeperti mana yang telah diberitahu di awal tadi, pembayaran STR Fasa 1 telah pun disalurkan secara berperingkat kepada yang layak bermula pada 17 Januari lalu.
Kadar yang terlibat pula adalah sebanyak RM300 bagi isi rumah dan RM100 untuk kategori bujang. Manakala, pembayaran BKM Fasa 1 pula berjumlah antara RM100 hingga RM300 kepada isi rumah dan RM150 hingga RM200 bagi penerima bujang.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Tarikh Pembayaran
Pembayaran STR telah diawalkan oleh pihak Kerajaan ke bulan Januari 2023 berdasarkan mengumuman Perdana Menteri, ketika membentangkan Bajet Mini 2023.
Akan tetapi, pembayaran BKM pada tahun lalu hanya bermula pada bulan Mac 2022. Ini bermakna, pembayaran STR Fasa 1 adalah tiga bulan lebih awal dari BKM Fasa 1 tahun lalu.
Cara Memohon
Pendaftaran BKM 2022 dibuka bermula pada 1 hingga 31 Januari 2022 dan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi BKM LHDNM atau mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) yang boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi BKM LHDNM; atau cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
Bagi STR pula, dimaklumkan bahawa Fasa 1 nya tidak melibatkan sebarang permohonan baru atau kemaskini kerana ia berdasarkan data Lulus BKM tahun 2022.
Jumlah sebenar STR, jadual pembayaran dan sebarang perkembangan terkini berkenaannya hanya akan dapat diketahui dengan lebih lengkap selepas pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 24 Februari 2023 nanti.
Baca juga:
STR Fasa 2 Tarikh Bayaran terkini – Semak Sekarang!
Pembayaran Status Dan (STR) Sumbangan Tunai Rahmah