Perantisiswa Fasa 2 : Tarikh Tempoh Permohonan Terkini

Perantisiswa Fasa 2 : Tarikh Tempoh Permohonan Terkini. Permohonan di bawah Program PerantiSiswa fasa 2 dibuka bermula 1 Ogos, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.

Inisiatif Kerajaan ini dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi.

mereka yang datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan, layak untuk membuat permohonan secara atas talian bagi fasa kedua.

kerajaan juga bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi 4 lagi kategori berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini bagi permohonan fasa 2.

Baca Juga: 

Perantisiswa Fasa 2

PerantiSiswa Fasa 2

Inisiatif PerantiSiswa Fasa 2 ini diteruskan untuk fasa 2 yang dibuka selama 60 hari bermula 1 Ogos 2022. Inisiatif PerantiSiswa Fasa 2 bantuan Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Perantisiswa Fasa 2

Tarikh Tempoh Permohonan Terkini PerantiSiswa Fasa 2

Permohonan PerantiSiswa fasa 2 dibuka selama 60 hari iaitu sehingga 30 September 2022. Permohonan kedua boleh dibuat secara online mulai 1 Ogos 2022 pautan

Syarat Permohonan

Berikut ini adalah Syarat Permohonan Pemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Tingkatan 6, Asasi, Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian
  • Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  • Kaedah Pemberian

Sebelum ini, inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia diberika secara Konsep Guna Pakai (KGP) di mana mahasiswa perlu serahkan semula peranti setelah digunakan.

Sukacita saya mengumumkan, bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberikan terus tablet berjenama ini kepada penerima PerantiSiswa. Jadi tidak perlu pinjam, tidak perlu pulang balik. Kerajaan beri terus kepada penerima.

Dalam pengumuman terbaru Perdana Menteri, Kerajaan bersetuju untuk memberikan terus tablet PerantiSiswa ini kepada mahasiswa. Ia sebagai penghargaan dan pemangkin kepada pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.

Penerima peranti juga adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Sebagai makluman, inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.

Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Sumber: bantuanrakyat

Leave a Comment