PerantiSiswa 2022, Cara Login & Daftar perantisiswa

PerantiSiswa 2022

PerantiSiswa 2022 bertujuan membantu pembelajaran secara maya atau hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini.PerantiSiswa 2022 bertujuan membantu pembelajaran secara maya atau hibrid untuk kelangsungan pendidikan ketika fasa peralihan endemik ini.

Permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar IPT akan dibuka bermula 15 April 2022 ini.
Inisiatif Kerajaan ini memastikan tiada golongan yang tercicir dalam kemajuan teknologi dan dapat beradaptasi dalam menghadapi kemunculan ekosistem digital pada masa hadapan.

erikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terdahulu.

PerantiSiswa 2022

Pakej PerantiSiswa:

Pakej ini adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Hanya Join Telegram eCentral & Anda Layak Terima RM150 Kredit eTunai.

Tebus Sekarang!

Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

Kelayakan:

Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?

Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Tarikh Pendaftaran / Permohonan

Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini akan bermula pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

PerantiSiswa 2022

Jenis tablet Yang Dibekalkan

Sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  1. Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  2. Android OS 10 dan ke atas
  3. 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  4. Minimum RAM 4GB
  5. Minimum storan 64GB
  6. Slot SD Micro sehingga 256GB
  7. Kamera hadapan minimum 2MP
  8. Kamera belakang minimum 5MP
  9. Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  10. Bluetooth 4.1 dan ke atas
  11. WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  12. Bateri minimum 4500 mAh
  13. Pengecas USB disertakan
  14. Papan kekunci bluetooth disertakan
  15. Pen stylus disertakan.

Baca Lagi: Bantuan Tambahan RM500 BKM

Cara Permohonan

Perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi.

Rujuk Manual Pengguna:

Cara Semakan Status Kelulusan
Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.

Tarikh Penerimaan
Pengagihan akan bermuka pada minggu kedua Jun ini.

Akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu

  • Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
  • Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.
    Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

Maklumat Lanjut Tentang Pakej

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:

▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188

Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)

8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad

Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ PerantiSiswa 2022, Cara Login & Daftar perantisiswa ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment