Negeri-negeri yang beralih Fasa PPN Terbaharu
Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan September 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini, Rabu, 29 September 2021, bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi negeri-negeri berikut berkuatkuasa 1 Oktober 2021:
- • Lembah Klang : Daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor)
• Melaka : Daripada Fasa 2 kepada Fasa 3
• Kedah : Daripada Fasa 1 kepada Fasa 2 - Peralihan fasa ini dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.
- Berikut adalah Fasa PPN terbaharu untuk seluruh negeri:
Kelonggaran Baharu SOP
- Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3, dengan syarat tetamu telah menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti 50% ruang premis, manakala 100% kapasiti penuh bagi Fasa 4. Bagi individu yang belum divaksin, perlu menjalani pre- event test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.
- Pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa dengan mematuhi SOP selaras dengan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT) berkuatkuasa 15 Oktober 2021.
- Membenarkan kehadiran penonton/penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4. Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat, penonton/penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium. Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung.
Sila baca kenyataan penuh oleh Perdana Menteri link link dibawah:
- KELONGGARAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DAN PERALIHAN FASA (BAHARU)
- SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 1
- SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 2
- SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 3
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih