Penyanyi terkenal era 1980-an Aman Shah meninggal dunia pada usia 68 tahun
Penyanyi terkenal era 1980-an, Aman Shah meninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 2.00 petang Rabu (14 Sep).
Berita duka itu disahkan oleh anak sulung Allahyarham, Hadzly kepada Astro AWANI.
Kata Encik Hadzly, buat masa ini, jenazah bapanya masih berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras sebaik selesai dimandi dan dikafankan.
“Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib,” kata Encik Hadzly kepada Astro AWANI.
Allahyarham Aman Shah yang berusia 68 tahun pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan lagu Adikku Pandai Menari.
Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Beritamediacrop
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di My Info Kerja