penternak, kampung usahawan kambing ‘kayangan’

penternak, kampung usahawan kambing ‘kayangan’

Daripada hanya seorang penternak kampung, Pasir Mas: seorang pemuda kini mengusahakan ladang ternakan kambing ‘kayangan’ baka Red Boer Amerika yang jarang diusahakan di negara ini.

1019rsgoat 1634625216

mengambil keputusan membeli empat kambing spesies itu bermodalkan RM100,000 menggunakan wang simpanan sendiri hasil enam tahun menjadi penternak kambing dan lembu. ”Mohd Azuan Harun, 36”.,

“Ramai penternak tidak dapat membawa masuk kambing baka Red Boer Amerika kerana harganya agak mahal selain boleh didapati dari negara asal iaitu Amerika Syarikat.

Walaupun hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Azuan membuktikan taraf pendidikan tidak menjadi penghalang buatnya menjadi penternak berjaya yang mampu membiakkan spesies kambing diperoleh dari luar negara itu.

“Saya mahu menjadi penternak berfikir di luar kotak, tidak mahu hanya terikat sebagai penternak kampung semata-mata, sebaliknya bercita-cita tinggi menjadi pembekal kambing atau lembu yang boleh menembusi pasaran antarabangsa.

katanya ketika ditemui di ladang ternakan miliknya di Kalahari Red Ayamas Pallas, Kampung Lebai Akil, Chicha Tinggi, di sini, semalam.

“Kesemua kambing induk ini dibeli sebulan lalu dan dijangka menghasilkan baka pada Januari tahun hadapan kerana salah seekor kambing betina dibeli itu sudah bunting,”

Mohd Azuan berkata, kambing baka Red Boer Amerika boleh dijual seawal usia empat bulan pada harga sekitar RM10,000 sehingga RM15,000 seekor, sekali gus dapat memberi pendapatan lumayan kepada pengusahanya.

Mohd Azuan Harun, 36, menunjukkan salah seekor kambing baka Red Boer Amerika yang dibelinya sebulan lalu untuk dibiakkan agar dapat menjadi pengusaha perintis kambing spesies berkenaan di Malaysia. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Dia yang juga bapa kepada dua cahaya mata berusia dua dan lima tahun,

kini memiliki 10 ekor kambing termasuk baka Kalahari Red serta Boer Panda selain 10 ekor lembu jenis Limousine dan Charolais.

Katanya, dia dibantu seorang pekerja menjaga semua ternakan dengan baik termasuk kebersihan ladang serta memberikan makanan rumput, dedak serta vitamin agar lembu dan kambing sentiasa dalam keadaan sihat.

“Selain itu, saya sentiasa merujuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkaitan ternakan ini, malah empat kambing baka Red Boer Amerika milik saya memiliki surat beranak sebagai bukti ia dibawa masuk secara sah.

“Besar harapan saya agar impian menjadi pembekal kambing spesies antarabangsa ini menjadi kenyataan dan saya menasihatkan anak muda lain supaya berani mencuba bidang penternakan kerana ia boleh memberi pendapatan lumayan.

“Hanya perlu ada usaha, kerajinan serta keberanian untuk mengusahakan ternakan, barulah ia menjadi kenyataan,” ,” katanya yang mempunyai pelanggan lembu dan kambing dari seluruh negara.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

sumber ’metro/Myteamnetwork

Leave a Comment